BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, 11 April 2012

RANGKAIAN KOMPUTER


Definasi Rangkaian
  •  Rangakaian komputer bermaksud sumbungan dua atau lebih perkakasan komputer yang terpisah secara fizikal tetapi disambungkan secara operasinya.
  • Rangkaian juga merupakan satu sistem perkongsian alat (pencetak dan CD-Rom), perisian, pertukaran maklumat dan komunikasi.
  • Maklumat dapat dipindahkan dalam rangkaian melalui kabel, gelombang radio, pancar infra merah atau satelit.

Kebaikan Menggunakan Rangkaian (Networking)
  •  Berkongsi Fail
Pengguna dapat berkongsi fail yang disimpan pada palayan (server) atau komputer pusat.
  •   Menimdahkan Fail
Memudahkan pemindahan fail yang disimpan dari satu komputer ke komputer yang lain.
  • Berkongsi Perisian (Aplication) dan mengurangkan kos
Memudahkan pengguna untuk berkongsi program aplikasi seperti Word, Lotus, Access dll. Dengan ini ia dapat mengurangkan kos dan memudahkan instalasi perisian.
  • Berkongsi data dan menjimatkan masa untuk memasukkan data
Data-data dapat dimasukkan serentak oleh dua atau lebih pengguna kedalam satu aplikasi. Pada masa yang sama juga pengguna yang lain dapat menggunakan data -data tersebut.

  • Berkongsi Pencetak, Pengimbas, CD-Rom dll
Pencetak atau CD-Rom yang terdapat pada sesebuah komputer dapat digunakan oleh semua pengguna yang mengunakan komputer lain.
  •   Menggunakan Mel Elektronik (E-Mail)
Pengguna dapat menghatar memo dari satu komputer ke komputer yang lain.


Senibina Rangkaian

Terdapat tiga jenis senibina rangkaian yang sering digunakan, iaitu bagaimana sesebuah rangkaian diuruskan.  
a) Peer to Peer (P2P)
Semua komputer dalam rangkaian mempunyai status yang sama, iaitu setiap komputer boleh menyimpan data dan sumbernya sendiri. Semua komputer dibenarkan berkongsi data dan sumber mengikut keperluan. Tiada komputer pusat yang mengawalnya. Sesuai untuk rangkaian LAN yang kecil sehingga 12 komputer.

Contoh :
Network Neighborhood atau Network Place. Dalam rajah di atas, Ct boleh meminta Ko memfakskan surat dengan menyimpan surat itu di notebook Ko. Manakala Yo meminta Rm mengimbas gambar dan menyimpan di komputer Rm dan kemudian Yo akan mencapai gambar itu dari komputer dia.
 
b) Rangkaian Klien/Pelayan

Dalam rangkaian ini (client/server) pula terdapat satu atau lebih pelayan (terdiri daripada komputer yang lebih berkuasa) yang mengawal sumber rangkaian. Pelayan adalah komputer pusat yang melayan permintaan klien (komputer lain) untuk mendapatkan data dan maklumat. Klien pula adalah komputer yang memohon servis atau mencapai maklumat yang disimpan di pelayan. Rangkaian jenis ini sangat efisien untuk bilangan komputer rangkaian melebihi 10 unit.

Contoh pelayan pencetak. Kini Yo, Rm, Ko & Ct boleh terus mencetak dokumen atau faks terus daripada komputer mereka. Contoh lain seperti pelayan web, e-mel, pangkalan data SQL, dan sebagainya.

c)  Berasaskan pelayan
Rangkaian berasaskan pelayan (server based) dikawal sepenuhnya oleh satu pelayan atau sekumpulan pelayan (berpusat). Pelayan adalah komputer berkuasa tinggi, mempunyai memori dan stroran yang besar dan direka bentuk untuk berfungsi 24jam sehari dalam seminggu sepanjang tahun. Pelayan hanya boleh dikendalikan oleh penyelia rangkaian.

Komputer klien perlu di log on ke pelayan menerusi rangkaian, akaun pengguna dan kata laluan digunakan. Maklumat akaun pengguna di simpan di direktori pelayan. Tetapan keselamatan dan capaian sumber-sumber rangkaian dikawal secara berpusat. Data dan maklumat disimpan dalam satu lokasi sahaja. Oleh itu sistem berasaskan pelayan ini mempunyai tahap keselamatan tertinggi berbanding jenis rangkaian sebelumnya. Kaedah rangkaian ini perlu dipraktikkan di pejabat atau organisasi dengan bilangan staf yang agak ramai, lebih daripada 10 nod.

Contoh, dalam rangkaian berasaskan domain Windows Server pengguna perlu log on sebelum dapat menggunakan komputernya (klien). Dia hanya boleh mencapai sebarang sumber rangkaian yang dibenarkan kepadanya tanpa perlu log on berulang kali semasa mencapai sumber itu.


Sistem Rangkaian Komputer

Terdapat tiga sistem rangkaian seperti berikut:

Bil
Sistem Rangkaian Komputer
Saiz Kawasan
Contoh
1.
Local Area Network (LAN)
Kawasan Kecil (10km)
Sekolah, makmal, dalam sebuah bangunan.
2.
Metropolitan Area Network (MAN)
Kawasan lebih besar  (10-50km)
Bandar, negeri.
3
Wide Area Network (WAN)
Kawasan sangat besar (lebih daripada 50km)
Seluruh dunia, negara,  Internet

Rangkaian Setempat (Local Area Network)

Sistem rangkaian yang besar ( MAN dan WAN ) lebih berguna dari segi keluasan kawasan geografinya tetapi banyak organisasi perlukan rangkaian setempat untuk menghubungkan alat-alat yang digunakan di tempat yang terhad. Jadi aspek-aspek berikut perlu dipertimbangkan:
Ø  Jenis LAN
·         Pengguna dan pelayan (Client-server)
·         Pengguna-pengguna sebaya (Peer to peer)
Ø  Komponen-komponen LAN
Ø  Topologi LAN
Ø  Kesan dari LAN


X faham.?Pening??jom kita layan video nie,,insyaallah anda boleh mendapat gambarannya...


0 comments: