BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, 13 April 2012

NOS (Software)


SISTEM PENGOPERASIAN RANGKAIAN

Networking Software (PerisianPerangkaian)

Maksud:
  • Perisian yang digunakan untuk mewujudkan hubungan antara aturcara pengguna dengan rangkaian. 
  • Perisian ini juga membina tanda pengenalan untuk setiap komputer yang terangkai kepada komputer utama.

Fungsi Perisian
  • Perisian perangkaian menjadi pengawal kepada semua stesen kerja yang berada dalam rangkaian. 
  • Berfungsi menyebarkan segala perisian atau data yang dikehendaki sama rata kepada semua stesen kerja. 
  • Dengan perangkaian Internet dan sistem rangkaian, ia merupakan satu sistem operasi yang mampu menjalankan kerja-kerja rangkaian dengan baik dan stabil. 
  • Perisian versi rangkaian perlu untuk penggunaan bersama dan memudahkan rangkaian dikawal oleh perisian. 
  • Membolehkan komponen-komponen didalam rangkaian berfungsi, ia diperlukan untuk memenuhi permintaan fail, cetakan dan komunikasi antara stesen.

Sistem Operasi Rangkaian Bertanggungjawab ke atas :
  • Mengarahkan lalu-lintas data pada rangkaian.
  • Membenarkan dan menghalang pemindahan data antara workstation.
  • Mengelolakan aliran data diantara berbagai workstation yang berbeza.
  • Mengelola permintaan layanan printer.
  • Mengelola permintaan dan pesanan diantara pengguna rangkaian.
  • Mengelolakan hubungan diantara jaringan dan lokasi-lokasi jarak jauh.

Terdapat dua jenis Sistem Pengoperasian Rangkaian (NOS) yang utama iaitu:

1- sesama pelanggan (peer-to-peer)
2- pelanggan-pelayan (client-server) 

1         1. Sesama Pelanggan (Peer-To-Peer) 

Sistem Pengoperasian Rangkaian sesama pelanggan (peer-to-peer) membenarkan pengguna berkongsi sumber-sumber dan fail-fail yang terdapat pada komputer peribadi masing-masing dan membuka, mencari serta mengambil data atau sumber maklumat yang terdapat dari komputer-komputer orang lain.

Walau bagaimana pun, ia tidak mempunyai fail pelayan atau sumber pengurusan terpusat kerana di dalam sistem rangkaian ini, semua komputer dianggap setara dan seimbang. Ini bermakna kesemua pengguna mempunyai kelayakan dan kebolehan untuk menggunakan sumber yang terdapat di dalam komputer di rangkaian tersebut.
Sistem Pengoperasian Rangkaian sesama pelanngan ini dicorakkan untuk memenuhi keperluan suatu kawasan kecil ke sederhana besarnya. Ia amat sesuai bagi Rangkaian Kawasan Setempat (LAN). Contoh program yang berupaya berfungsi sebagai sistem rangkaian sesama pelanggan ialah AppleShare dan Windows bagi Kerja Berkumpulan (WorkGroup).

Kebaikan Peer-To-Peer
1- Kos dapat dikurangkan - fail pelayan yang dedikasi tidak diperlukan
2- Sistem - Satu sistem operasi contohnya Window 95 sudah sememangnya ada di dalam sistem operasi. Oleh yang demikian, ia hanya perlu dibentuk semual bagi membolehkan sistem pengopersian sesama pelanggan beroperasi.

Keburukan Peer-To-Peer

 1-Tidak berpusat - Tidak ada keselarasan bagi fail dan aplikasi
 2- Keselamatan - Tidak menyediakan ciri-ciri keselamatan bagi pelayan-pelanggan rangkaian.


2        2. Pelanggan Pelayan (Client-Server)

Sistem Pengoperasian Rangkaian membenarkan rangkaian tersebut memusatkan fungsi dan aplikasi di dalam satu atau lebih fail pelayan yang dedikasi.Fail pelayan menjadi nadi kepada sesebuah sistem, menyediakan laluan ke pelbagai sumber dan turut menyediakan ciri-ciri keselamatan.

Stesen kerja individu boleh menggunakan sumber-sumber yang terdapat di dalam fail pelayan. Sistem pengoperasian rangkaian ini turut menyediakan mekanisma yang membolehkan intergrasi di antara semua komponen dan membenarkan pelbagai pengguna berkongsi sumber maklumat yang sama walaupun berada di beberapa kedudukan fizikal yang berlainan.

Kebaikan Client-Server

1- Berpusat - Keselamatan sumber dan data dikawal oleh fail pelayan.
2- Memenuhi keperluan - ManaUana elemen dan dokumen boleh dialihkan secara berasingan mengikut tahap keperluan yang meningkat.
3- Fleksibel - Teknologi dan perisian yang terkini dengan mudah dapat dimasukkan ke dalam sistem.
4- Interoperasi - Semua komponen termasuk pelanggan, rangkaian dan fail pelanggan bekerja bersama-sama.

Keburukan Client-Server

1- Perbelanjaan - Memerlukan pelaburan yang banyak di dalam mendapatkan fail pelayan yang dedikasi.
2- Penyenggaraan – Rangkaian yang besar memerlukan sejumlah staff yang menjamin kecekapan operasi.
3- Permasalahan - Apabila fail pelayan mengalami masalah, segala operasi akan turut tergugat dan bermasalah.

0 comments: