PENGENALAN
KEPADA TELEKOMUNIKASI
Ø
TELE dalam
bahasa Greek bermaksud jauh.
Ø
Telekomunikasi
boleh didefinisikan sebagai komunikasi jarak jauh dengan menggunakan telefon,
telegraf, televisyen dan sebagainya.
Ø
Telekomunikasi
– Proses pertukaran maklumat di antara beberapa sistem komputer atau stesennya
melalui alat media seperti telefon, telegraf dan satelit. (Pergerakan maklumat
secara elektronik).
Ø
Komunikasi
data – perkataan data merujuk kepada fakta, konsep, data mentah dan sebagainya.
Dalam sistem computer data diwakili oleh 0 dan 1.
Ø
Komunikasi data bermaksud pertukaran data dalam bentuk 0 dan 1, antara dua peranti melalui
media penghantaran seperti kabel.
Komponen Asas Sistem Komunikasi
- Sumber – bermaksud peranti atau perkakasan yang digunakan untuk menghantar atau menjana data. Contohnya telefon, mesin faks dan komputer peribadi.
- Penghantar – penghantar akan menukar (encodes) data ke bentuk isyarat yang boleh dihantar melalui sistem penghantaran
- Sistem Penghantaran – terdiri daripada satu talian penghantaran atau rangkaian yang kompleks di mana menyambungkan sumber dan destinasi.
- Penerima – penerima menerima isyarat daripada sistem penghantaran dan menukarkannya ke bentuk yang boleh diterima oleh peranti destinasi. Contohnya modem menerima isyarat analog dan menukarkannya ke bentuk digital.
Ciri-ciri keberkesanan perhubungan data
Penghantaran
- Sistem menghantar data pada destinasi yang betul
- Data hanya boleh diterima oleh penerima yang betul
Ketepatan
- Sistem menghantar data dengan tepat
Rangkuman masa
- Sistem menghantar data dalam tempoh masa
yang telah ditetapkan.
Kompenen Komunikasi
pic d n e.
1. MANUSIA
- Merujuk kepada pengguna komputer tersebut.
- Elemen yang sangat penting dalam komunikasi.
- Mereka membina, menganalisis, dan membentuk sistem.
- Mereka juga yang mengoperasikan komputer.
- Ada 2 kategori manusia:
-profesional
e.g: programmer, computer engineer...
-pengguna biasa
e.g: kerani, guru...
2. PROSEDUR
- Satu kerja yang tersusun mengikut peraturan untuk tindakan.
- Spesifikasi yang teratur, berturutan, dan juga perlaksanaan sesuatu proses.
3. MAKLUMAT/INFORMASI
- Data yang disimpan dalam sistem komputer.
- Digunakan untuk menyiapkan sesuatu tugasan.
- Bentuk maklumat:
-konsep
-fakta
-tafsiran. - Data = kumpulan/himpunan fakta, dari suatu objek.
- Informasi = pengumpulan atau pengolahan data untuk memberikan pengetahuan atau keterangan.
4. HARDWARE
- Objek fizikal yang merupakan bahagian - bahagian sistem komputer.
- Operasi utama sistem komputer ialah : IPOS.
- 5 kategori peralatan:
-input
-process
-output
-storage
-komunikasi
5.
SOFTWARE
- Arahan yang mana mengawal fungsi - fungsi komputer.
- Arahan itu dilaksanakan oleh komputer
- Dua jenis program :
-sistem software
-aplikasi software
6. KOMUNIKASI
- Penyebaran maklumat
- Ubah analog > digital
- Ubah digital > analog
Video di bawah menceritakan tentang Perkembangan Komunikasi
0 comments:
Post a Comment