BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, 14 April 2012

INTERNET


INTERNET

Apa itu Internet ?
  • Jaringan komputer antarabangsa berpaut bersama ribuan rangkaian komputer ketenteraan, agensi kerajaan, institusi pendidikan, organisasi tak untung, korporat industri dan kewangan pelbagai saiz dan perniagaan yang memungkinkan individu memasuki jaringan
  • Internet adalah lebih jaringan gergasi komputer.
  • Internet adalah fenomena budaya yang membolehkan kita memuaskan keinginan untuk mendapatkan maklumat serta komunikasi segera menjadi kenyataan.
Internet ?
  • Perkataan Internet berasal dari gabungan perkataan inter dan network, ia itu inter-net atau antara rangkaian. Sebagai contoh 'international' bermakna antara negara-negara, 'interstate' bermakna antara negeri-negeri, 'interdepartment' bermakna antara cawangan-cawangan begitu juga Internet bermakna antara rangkaian-rangkaian komputer.
  • Sekiranya kita menggunakan komputer biasa(tanpa Internet), kita akan menyimpan data-data tersebut dalam bentuk fail di dalam 'hardisk' komputer kita dan hanya kita sahaja yang boleh membukanya.
  • Tetapi di dalam istilah Internet ini pula, kita menyimpan fail tersebut di satu tempat di namakan 'host' yang mana seluruh rangkaian komputer di dunia ini boleh membaca fail tersebut. Dan inilah yang di katakan Dunia Cyber.
  • Jika di lihat dari aspek penggunaan, Internet boleh di katakan sebagai sebuah rangkaian yang memberikan perkhidmatan komunikasi elektronik, capaian jauh, perkhidmatan fail, penyibaran maklumat, pencarian maklumat dan beberapa perkhidmatan yang lain.
  •  Daripada aplikasi-aplikasi inilah di bina berbagai jenis perkhidmatan Internet seperti perdagangan elektronik, perbankan elektronik, pengiklanan melalui Internet dan sebaginya.
Sejarah Internet
  • Diperkenalkan di Amerika pd penghujung tahun 1960 semasa perang dingin sebagai sistem komunikasi tentera *ARPANET*
  • Bermula drpd sistem komunikasi tentera secara beransur2 telah bertukar peranan kepada alat komunikasi para saintis seterusnya berkembang  sehingga kini.
  • Setiap hari 183 juta pengguna dari 190 negara menggunakan internet.

Bagaimana Internet Berfungsi
  • Pelayan(server)- disambung secaralangsung ke internet sepanjang masa melalui peralatan komunikasi gentian optik berkelajuan tinggi.
  • Pelanggan(client)- peranan pelayan adalah menyimpan maklumat dan membenarkan capaian(access).
  • Untuk mendapatkan akses kepada pelayan, pelanggan perlu merangkai terlebih dahulu ke internat samada melalui ‘dial up’ atau ‘dedicated’.



Bagaimana Internet Berfungsi

Bagaimanakah Data bergerak melalui Internet
  • Bergerak melalui PROTOKOL KAWALAN TRANSMISI DAN PROTOKOL INTERNET.
  • Sistem pengkodan yang membenarkan komputer mentafsir data.
  • Contoh alamat protokol :
            - 202.188.95.12 (TM net)
            - 192.228.188.34 (jaring)
            www.tm.net.my – domain name system


Bagaimanakah Data bergerak melalui Internet?
 

 Menerusi internet kita boleh ...
  • Berkomunikasi menerusi e-mail .
  • Memperolehi maklumat menerusi World Wide Web(WWW) 
  • Memindah fail menerusi File Transfer Protocol (FTP)
  • Mengunakan capaian komputer jarak jauh (remote login) menerusi Telnet
  • Bersembang menerusi Internet Relay Chat (IRC)
  • Newsgroup
  • Mengadakan forum elektronik menerusi Usenet
  • Pada asasnya, internet tidak dimiliki sesiapa dan tidak dikawal oleh mana-mana pusat kawalan.  Hampir keseluruhan isi kandungan yang terdapat dalam web itu digunakan sebagai bahan untuk pengetahuan, pendidikan dan juga hiburan. 
  • Tiga kegiatan yang paling popular dalam internet adalah mengirim dan menerima e-mail, membaca mesej dalam Newsgroup dan melayari World Wide Web.  Pada masa ini, dilaporkan bahawa terdapat kira-kira 25 juta orang yang mengaplikasikan internet di serata dunia dan angka ini dijangka bertambah pada kadar 15 peratus sebulan.
Ciri-ciri Internet :
  • Jaringan sejagat – World Wide Web (WWW).
  • Mel Elektronik – email.
  • Kumpulan Diskusi – newsgroup eg.yahoo newsgroup
  • Perbualan Teks talian terus – chat eg MIRC
  • Memuat turun – download
  • Perniagaan talian terus: e-commerce
Keperluan Asas Internet
Komputer
Modem
Talian Telefon
Internet Service Provider (ISP) seperti Sabah Net/Jaring/Tmnet
Perisian Internet (Netscape Communicator/Microsoft Internet Explorer)

Peluncur Internet
  • Susun atur peluncur Internet
   - install peluncur ke dalam Komputer
  • Jenis-jenis peluncur internet
   - Internet Explorer, Netscape Browser, Opera Browser, Maxhton, Avant, Firefox etc.
  • Perbandingan antara peluncur
  • Memindah turun peluncur internet ke dalam komputer
  • Suatu perisian yang membolehkan pengguna melayari internet.
  • Pengantara pengguna dengan internet
  • Contoh-contoh peluncur internet yang polular ilah IE, Netscape, Opera dan Firefox.
  • Penggunaan peluncur ini hampir sama diantara satu dengan yang lain Cuma berbeza dari segi fungsi khusus dan kelajuan melayari internet.
Contoh peluncur internet.

Microsof Internet Exporer

Netscape Navigator 

Pelungsur Web
  • Utk.melungsuri/melayari www, sejenis perisisan yg di panggil pelungsur web(web browser) atau dikenali sebagai penyemak imbas.
  • Perisian ini digunakan utk memuat turun maklumat dpd www dan membuka laman-laman di internet.
  • Contoh pelungsur webyang terkenal ialah Microsoft Internet Explorer (MIE), Netscape Navigator, OPERA, dan sebagainya.

WORLD WIDE WEB

Apakah World Wide Web?
  • Juga dikenali sebagai WWW- jaringan sejagat yang terdiri dpd koleksi fail dalam talian (on line) yang di panggil laman/hompej yg mengandungi pautan(links) ke dokumen2 lain dan sumber maklumat yg terdapat di seluruh rangkaian internet.
  • Menggunakan satu sitem yang berasaskan hiperteks dan hiperpautan utk membolehkan hompej-hompej dipautkan antara satu sama lain.
  • Proses melungsuri WWW untuk mendapatkan maklumat ini dipanggil Menyemak imbas(browsing) atau merayau(surfing)
  • WWW & internet adalah berbeza. WWW adalah subset kepada internet.
Bagaimanakah WWW berfungsi?
  • Secara fizikal, WWW terdiri dpd Komputer Peribadi, pelungsur web(web browser), sambungan ISP, pelayan hos (host server) yang menmyimpan data/maklumat digital dan penghala suis yang menghala pergerakan maklumat.
  • Contoh : katakan anda berada di KL dan ingin melawat Muzium New York (http://www.metmuseum.org/) ke dalam pelungsur web anda yang akan memuat turun laman web muzium tersebut dpd web pelayan web di New York.
  • Pelayan web tersebut kemudian akan menghantar data yang diminta itu kepada komputer anda melalui internet dan di terima oleh pelungsur web lalu memaparkan di skrin komputer anda.
  • Di laman web muzium itu juga mungkin terdpat pautan laman-klaman web muzium yang lain yang terkenal di seluruh dunia seperti British Mueseum(http://www.thebritishmuseum.ac.uk/) di london dan irish museum(http://www.modernat.ie) di dublin
  • Dengan hanya bebebrapa klik anda boleh merayau ke muzium-muzium terkenal di seluruh dunia.

Http & Html
  • Secara teknikalnya, pelungsur web berfungsi sebagai program pengguna yang menggunakan protokol khas untuk membuat sambungan kepada pelayan-pelayan web yang terdapat banyak dalam rangkaian internet.
  • Protokol ini dipanggil Protokol Pindahan Hiperteks atau HTTP ( Hyper Text Transfer Protocol ).
  • Http ini merupakan satu piawai untuk memformat dan menghantar maklumat melalui www..
  • Kehadiran singkatan http:// pada pangkal setiap alamat
  •  
  • Pelungsur web membezakan antara laman web dengan bahasa pengaturcaraan yang dikenali sebagai Bahas Mark-up Hiperteks atau HTML (hyper text mark-up language).
  • Laman-laman web sebenarnya di tulis dalam bentuk html supaya pelunsur web dapat membacanya.

Contoh laman yang menggunakan html sebelum di terjemahkan


Penunjuk sumber Seragam (URL)
  • Semua tapak jaring (web site) dalam talian di internet mempunyai alamat web masing-masing.
  • Alamat bagi setiap website ini dikenali sebagai Penunjuk Sumber seragam atau URL (uniform Resource Locator)
  • URL di pecahkan kepada beberapa bahagian oleh tanda noktah, yang di panggil dot, huruf, nombor, simbol, garis condong dan beberapa tanda baca lain.





Contoh URL

  • http:// - jenis pelayan maklumat
  • /www.nstpi.com.my- nama domain pelayan
  • /tech/computimes- Lokasi khusus atau folder/sub folder
  • /comprevamp- Nama fail dalam talian
Hompej
  • Hompej atau Home page ialah skrin pertama yang di lihat apabila pelungsur web memaut ke mana-mana jaring website dalam www.
  • Skrin pertama ini juag dikenali sebagai lamanyang memaparkan mesej “selamat datang” mengandungi isi kandungan laman, ataupun penerangan ringkas tentang tapak jaring
  • Daripada laman-laman ini , ia akan dihubungkan dengan laman-laman lain.


Contoh Hompej peribadi

Enjin Carian
  • Lebih 550 ribu juta dokumen dalam jaringan sejagat.
  • Untuk mengunjungi sesuatu laman, perlu tahu alamat URL nya.
  • Cara yang paling baik untuk menentukan URL adalah dengan menggunakan enjin carian ( SEARCH ENGINE ).

Yahoo search
  • Untuk mencari dalam jaringan sejagat, taipkan kata kunci atau frasa yang berkaitan dalam ruang carian dalam enjin carian, kemudin ketik butang SEARCH, FIND atau GO.
  • Di dlam internet, enjin diselaraskan oleh suatu set program termasuk :
  • LELABAH (spider) juga dikenali sebagai (crawler atau bot) yang mengunjungi setiap laman atau wakil laman web dalam tapak web dan membaca setiap laman yang berpaut pada laman tersebut.
  • Cara yg lain menggunakan enjin carian adalah dengan mengkaji struktur direktori yang disusun mengikut topik. Contohnya yahoo mengizinkan enjin carian secara percuma.
  • Contoh yang lain adalah seperti Google.com, altavista.com dan sebagainya. Indeks kandungan akan di imbas dan memaparkan kembali kepada pengguna.



         Yahoo direktori                      


 Google memaparkan carian dlm btk. Penerangan serta pautan lain

E-mail
  • Emel adalah cepat, mudah dan murah untuk menghantar mesej dan maklumat ke seluruh dunia secara elektronik dengan menggunakan talian telefon.
  • Kegunaan paling popular internet adalah menerima dan membalas emel.
  • Secra global, berjuta-juta emel dihantar setiap hari dan kebanyakan emel ini hanya mengandungi teks sahaja dan sesetengahnya menyertakan sekali lampiran-lampiran lain seperti imej, fail audi dan video.
  • Emel dlm internet adalah bebas daripada sebarang platform.
  • Sebelum menggunakan emel, perisian emel hendaklah dipasang dahulu. Antara yang popular ialah Microsoft Outlook, pengasus dan eudora.
  • Emel yang dihantar akan disimpan ke dalam server mel sehinggalah emel itu dibuka oleh penerimanya.
  • Keselamatan emel tidak terjamin dan boleh dipintas oleh postmaster atau pentadbirnya.

Web based email
  • Emel berasaskan web adalah emel percuma yang ditawarkan secara percuma dalam internet.
  • Mudah digunakan sebab ianya dapat diakses dimana-mana.
  • Contoh emel web yang popular ialah yahoo mail, Gmail, hotmail dsb.

Perkhidmatan asas Internet

1.       World Wide Web ( WWW )
  • Jaringan sejagat yg terdiri dpd koleksi fail dalam talian (on line) yang dipanggil hompej.
  • Hompej ini mengandungi pautan antara satu sama lain.
  • Menggunakan sistem hyperteks utk menyedia, mengendali, dan mencapai hompej tersebut.
2.      Mel Elektronik
  • Email- satu perkhidmatan internet yang membolehkan para pengguna menghantar mesej antara satu sama lain.
  • Perkhidmatan yang lebih murah dan pantas.
  • Berkeupayaan mengepilkan fail2 elektronik seperto dokumen teks, grafik, audio dan video.

3.      Internet Relay Chat
  • Sistem perbualan pelbagai guna yang membolehkan seseorang itu berhimpun bersama dengan pengguna lain dalam satu saluran yang sama.
  • Bercakap secara maya dengan menaip dlm masa nyata.
  • Cth : Alamak chatroom, MIRC etc.

4.      Protokol Pindahan Fail (FTP)

  • Protokol piawai yang membolehkanpara penggunamemuat turun dan memuat naik berjuta-juta fail yang boleh dicapai dlm rangkaian internet.
  • Fail yg di pindahlkan disimpan dalam komputer yg di panggil server dan biasanya dimampatkan untuk mengecilkan fail tersebut bagi memendekkan masa pemindahan.
  • Freeware & shareware

5.      Telnet
Apakah TELNET
  • Satu protokol teks yang membolehkan sesebuah komputer bersambung dengan sebuah komputer login yang biasanya berada di lokasi yang jauh.
  • Proses ini juga dikenali sebagai log masuk jauh (remote login).
  • Telnet memberi peluang kepada pengguna untuk berada dihadapan komputer sendiri tetapi membuat kerja yang berada jauh darinya.
  • Komputer pengguna yang memulakan sambungan ini dikenali sebagai komputer tempatan ( local computer ) manakala komputer yang bersambung denganya pula dipanggil komputer jauh (remote hos computer ).
  • Komputer jauh atau komputer hos, secara fizikalnya berada di mana-mana sahaja di seluruh dunia.
  • Sebaik sahaja komputer tempatan dan komputer jauh disambungkan maka sesi telnet pun bermula
  • Satu kegunaan internet yang palin popular aalah mengakses katalog-katalog dan pangkalan data dari perpustakaan.
  • Walaubagaimanapun tidak seperti perkhidmatan FTP, utiliti telnet tidak boleh memindah fail ke dalam komputer pengguna. Ini kerana telnet digunakan untuk menjalankan perintah (running commands) sedangkan FTP adalah khusus untu memuat naik dan turun fail-fail.
  • Satu perkhidmatan yang membolehkan pengguna berkomunikasi dengan komputer jauh dlm rangkaian internet dengan menggunakan protokol telnet.
  • Dengan telnet boleh menyambung dan log masuk ke dalam komputer yang lain yang berada di mana saja dan seterusnya memberi arahan kepada komputer tersebutseperti mencapai fail.
  • Sering digunakan utk. Mengakses katalog dan pangkalan dataperpustakaan di seluruh dunia.

6.      Kumpulan Berita (Newsgroup)
  • Kump. Perbincangan maya dalam internet. Seakan-akan bilik persidangan bagi membincangkan isu-isu semasa.
  • Bagaikan satu pusat sumber ilmu bg mendapatkan maklumat dan jawapan bagi pelbagai pertanyaan yang di hantar oleh ahli kumpulan.
  • Cth: yahoo groups.
Bagaimana Telnet berfungsi ?
  • Seperti FTP, telnet juga beroperasi berdasarkan prinsip pengguna/pelayan (client/server).komputer tempatanmenggunakan program klien telnet untuk membuat sambungan ke komputer jauh (program pelayan server).
Kegunaan Telnet
  • Mentadbirsesuatu sitem komputer secara jarak jauh
  • Untuk menyertai permainan interaktif secara dalam talian
  • Untuk mengakses Internet relay chat

Senarai Mel (mailing list)
  • Kumpulan perbincangan berasaskan email.
  • Satu sistem mel khas apabila seorang pelanggan menghantar mesej ke satu alamat senarai email, mesej pelanggan tersebut akan di salin dan di hantar kepada semua pelanggan lain.
Apakah Kumpulan Berita

  • Merupakan satu forum perbincangan elektronik dalam internet utk menghantar berita , soalan dan komen atau sekadar hanya ingin membaca dan membalas kiriman email.
  • Rangkaian yang membolehkan pertukaran maklumat antara pelbagai kumpulan berita ini dipanggil Rangkaian pengguna atau usenet.
  • Usenet menggunakan protokol pindahan berita rangkaian atau NNTP (network news transfer protocol)

Beza kumpulan berita dgn email
  • Kiriman email menetapkan nama penerima tertentu.
  • Dalam kumpulan berita mesej dihantar kepada semua ahlinya tanpa mengenal ahlinya.
  • Kumpulan berita usenet di urus dan disusun dengan teratur mengikut nama domain

7 hirarki utama dalam kumpulan berita :

  • Comp – topik komputer
  • Sci – topik science
  • Soc – topik social
  • Talk – perbincangan
  • News topik berita
  • Rec – topik rekreasi
  • Misc – topik2 lain
  •  
    Apa itu internet.??

What is a Search Engine

 

0 comments: