BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, 14 April 2012

INTERNET

Friday, 13 April 2012

NOS (Software)


SISTEM PENGOPERASIAN RANGKAIAN

Networking Software (PerisianPerangkaian)

Maksud:
  • Perisian yang digunakan untuk mewujudkan hubungan antara aturcara pengguna dengan rangkaian. 
  • Perisian ini juga membina tanda pengenalan untuk setiap komputer yang terangkai kepada komputer utama.

Fungsi Perisian
  • Perisian perangkaian menjadi pengawal kepada semua stesen kerja yang berada dalam rangkaian. 
  • Berfungsi menyebarkan segala perisian atau data yang dikehendaki sama rata kepada semua stesen kerja. 
  • Dengan perangkaian Internet dan sistem rangkaian, ia merupakan satu sistem operasi yang mampu menjalankan kerja-kerja rangkaian dengan baik dan stabil. 
  • Perisian versi rangkaian perlu untuk penggunaan bersama dan memudahkan rangkaian dikawal oleh perisian. 
  • Membolehkan komponen-komponen didalam rangkaian berfungsi, ia diperlukan untuk memenuhi permintaan fail, cetakan dan komunikasi antara stesen.

Sistem Operasi Rangkaian Bertanggungjawab ke atas :
  • Mengarahkan lalu-lintas data pada rangkaian.
  • Membenarkan dan menghalang pemindahan data antara workstation.
  • Mengelolakan aliran data diantara berbagai workstation yang berbeza.
  • Mengelola permintaan layanan printer.
  • Mengelola permintaan dan pesanan diantara pengguna rangkaian.
  • Mengelolakan hubungan diantara jaringan dan lokasi-lokasi jarak jauh.

Terdapat dua jenis Sistem Pengoperasian Rangkaian (NOS) yang utama iaitu:

1- sesama pelanggan (peer-to-peer)
2- pelanggan-pelayan (client-server) 

1         1. Sesama Pelanggan (Peer-To-Peer) 

Sistem Pengoperasian Rangkaian sesama pelanggan (peer-to-peer) membenarkan pengguna berkongsi sumber-sumber dan fail-fail yang terdapat pada komputer peribadi masing-masing dan membuka, mencari serta mengambil data atau sumber maklumat yang terdapat dari komputer-komputer orang lain.

Walau bagaimana pun, ia tidak mempunyai fail pelayan atau sumber pengurusan terpusat kerana di dalam sistem rangkaian ini, semua komputer dianggap setara dan seimbang. Ini bermakna kesemua pengguna mempunyai kelayakan dan kebolehan untuk menggunakan sumber yang terdapat di dalam komputer di rangkaian tersebut.
Sistem Pengoperasian Rangkaian sesama pelanngan ini dicorakkan untuk memenuhi keperluan suatu kawasan kecil ke sederhana besarnya. Ia amat sesuai bagi Rangkaian Kawasan Setempat (LAN). Contoh program yang berupaya berfungsi sebagai sistem rangkaian sesama pelanggan ialah AppleShare dan Windows bagi Kerja Berkumpulan (WorkGroup).

Kebaikan Peer-To-Peer
1- Kos dapat dikurangkan - fail pelayan yang dedikasi tidak diperlukan
2- Sistem - Satu sistem operasi contohnya Window 95 sudah sememangnya ada di dalam sistem operasi. Oleh yang demikian, ia hanya perlu dibentuk semual bagi membolehkan sistem pengopersian sesama pelanggan beroperasi.

Keburukan Peer-To-Peer

 1-Tidak berpusat - Tidak ada keselarasan bagi fail dan aplikasi
 2- Keselamatan - Tidak menyediakan ciri-ciri keselamatan bagi pelayan-pelanggan rangkaian.


2        2. Pelanggan Pelayan (Client-Server)

Sistem Pengoperasian Rangkaian membenarkan rangkaian tersebut memusatkan fungsi dan aplikasi di dalam satu atau lebih fail pelayan yang dedikasi.Fail pelayan menjadi nadi kepada sesebuah sistem, menyediakan laluan ke pelbagai sumber dan turut menyediakan ciri-ciri keselamatan.

Stesen kerja individu boleh menggunakan sumber-sumber yang terdapat di dalam fail pelayan. Sistem pengoperasian rangkaian ini turut menyediakan mekanisma yang membolehkan intergrasi di antara semua komponen dan membenarkan pelbagai pengguna berkongsi sumber maklumat yang sama walaupun berada di beberapa kedudukan fizikal yang berlainan.

Kebaikan Client-Server

1- Berpusat - Keselamatan sumber dan data dikawal oleh fail pelayan.
2- Memenuhi keperluan - ManaUana elemen dan dokumen boleh dialihkan secara berasingan mengikut tahap keperluan yang meningkat.
3- Fleksibel - Teknologi dan perisian yang terkini dengan mudah dapat dimasukkan ke dalam sistem.
4- Interoperasi - Semua komponen termasuk pelanggan, rangkaian dan fail pelanggan bekerja bersama-sama.

Keburukan Client-Server

1- Perbelanjaan - Memerlukan pelaburan yang banyak di dalam mendapatkan fail pelayan yang dedikasi.
2- Penyenggaraan – Rangkaian yang besar memerlukan sejumlah staff yang menjamin kecekapan operasi.
3- Permasalahan - Apabila fail pelayan mengalami masalah, segala operasi akan turut tergugat dan bermasalah.

KABEL


KABEL

Kabel lan merupakan media transmisi Ethernet yang menghubungkan piranti-2 jaringan dalam jaringan komputer anda. Adalah sangat bermanfaat jika anda mengenal lebih baik mengenai kabel lan sebelum anda membuat design jaringan. Design kabel jaringan yang bagus, merupakan unsur pendukung yang membuat jaringan komputer lan anda nantinya mudah dipelihara dan bisa diandalkan. Jadi kabel lan sangat bermanfaat sekali dalam realitas jaringan.


Jenis-jenis kabel lan yang umum dipakai dalam jaringan lan :

1. Kabel lan coaxial

Kabel lan coaxial digunakan pada Ethernet 10Base2 dan 10Base5 beberapa tahun yang lalu. 10Base5 mengacu pada thicknet sementara 10Base2 mengacu pada thinnet sebab 10Base5 dulu menggunakan kabel lan coaxial yang lebih tebal.

LAN Cable - coaxial


Awalnya Ethernet mendasakan jaringannya pada Kabel lan coaxial yang mana bisa membentang sampai 500 meter dalam satu segmen. Kabel lan coaxial ini mahal, dan maksimum hanya sampai kecepatan 10Mbps saja. Kabel lan coaxial ini sekarang sudah tidak popular.

2. UTP (Unshielded Twisted Pair) dan STP (Shielded twisted pair)

Ada dua jenis kabel dengan kawat tembaga ini yaitu STP dan UTP, akan tetapi yang paling popular adalah kabel lan UTP.



Gambar diatas ini menunjukkan detail komponen dari kabel lan UTP dan STP.

Kabel lan UTP adalah yang paling popular yang terdiri dari 4 pasang kabel yang saling melilit dengan kode warna khusus yang standard dan diisolasi dengan plastic. Tingkatan dari kabel UTP ini diindikasikan oleh banyak nya lilitan atau pumtiran per inchi, tingkat rendahnya attenuasi, kurang nya tingkat interferensi dan gejala crosstalk. Panjang maksimum per segmen dari kabel lan ini adalah 100 meter saja, jika lebih panjang dari 100 meter maka anda tidak bisa menjamin tingginya tingkat attenuasi. Kecepatan yang bisa dicapai adalah sampai 1 Gigabit yaitu dari jenis kabel lan UTP Cat5e, yang mana jumlah puntiran atau lilitan dari pasangan kabel sedikit lebih banyak per inchi dan ditambah lagi adanya jaket kabel nilon tunggal sebagai insulasi. Jadi sekali lagi grade dari UTP kabel ini ditentukan oleh banyaknya puntiran per inchi.

Standard UTP

1. Kabel lan UTP Cat 1, dipakai untuk jaringan telpon.

2. Kabel lan UTP Cat 2, kecepatan maksimum 4 Mbps, aslinya dimaksudkan untuk mendukung Token Ring lewat UTP.

3. Kabel lan Cat 3, dengan kecepatan maksimum 10 Mbps. Kabel lan ini bisa dipakai untuk jarigan telpon dan merupakan pilihan kabel lan UTP masa silam.

4. Kabel lan UTP Cat 4, kecepatan maksimum adalah 16 Mbps, umum dipakai jaringan versi cepat Token Ring.

5. Kabel lan Cat 5, kecepatan maksimum 1 Gigabps, sangat popular untuk kabel lan desktop.

6. Kabel lan UTP Cat 5e, dengan kecepatan maksimum 1 Gigabps, tingkat emisi lebih rendah, lebih mahal dari Cat 5 akan tetapi lebih bagus untuk jaringan Gigabit.

7. Kabel lan UTP Cat 6, kecepatan maksimum adalah 1 Gigabps+, dimaksudkan sebagai pengganti Cat 5e dengan kemampuan mendukung kecepatan-2 multigigabit.

Identifikasi UTP

Anda harus terbiasa dengan baik untuk bisa mengidentifikasikan cabling ini dengan memeriksa pin-2 nya. Sebenarnya ada dua macam standard yaitu:

1. T568-A adalah kabel lan UTP jenis straight through, kedua ujung penempatan kabel pada pin-2 konektor RJ-45 adalah sama.

2. T568-B adalah kabel lan UTP jenis cross-over. Anda bisa perhatikan dengan seksama pada kabel cross-over ini, pasangan pin 2 dan 5 dan pasangan pin 1 dan 3 bertukar tempat.

Perbezaan UTP dan STP :

UTP
STP
Tak ada balutan logam
Ada balutan logam
Kurang material diperlukan
Perlu material yang lebih
Kos yang murah
Kos yang tinggi
Ada gangguan kehingaran
Kurang gangguan kehingaran



Meghubungkan peranti

Aturan main dari pemakaian kabel ini adalah sebagai berikut, jika untuk menghubungkan dua jenis piranti yang berbeda, gunakan kabel lan UTP straight-through. Sementara jika anda menghubungkan dua piranti yang sejenis, gunakanlah kabel lan cross-over.


3. Fiber optik
  • Gunakan cahaya menghantar isyarat data.
  • Gunakan frekuensi dengan kadar data.
  • Mengandungi satu @ lebih media liut
  • Diperbuat daripada gelas atau plastik.

GELAS
PLASTIK
Lebih murah
Mahal
Pelemahan isyarat tinggi
Isyarat tinggi
Digunakan untuk jarak yang pendek
Digunakan sebagai teras

Mempunyai bentuk silinder yang terdiri daripada 3 bahagian memusat :

1.      TERAS
  • Satu @ lebih rerambut yg terlalu nipis.
  • Gentian yg diperbuat drpd gelas @ plastik.
2.      CLADDING
  • Pembalut diperbuat drpd gelas @ plastik.
  • Ada sifat optic yg berbeza dari teras.
3.      JAKET
  • Diperbuat drpd lapisan plastik @ bahan lain.
  • Mengawal teras.

Ciri-ciri gentian optik :
  • Lebar yg lebih tinggi.
  • Lebih ringan dan nipis.
  • Boleh jarakkan kedudukan pengulang.
  • Boleh ganti sistem trunk yg wujud.
  • Tiada gangguan tarikan electromagnet.
  • Pelemahan yang rendah.

Penggunaan Gentian Optik Dalam Komunikasi:
  • Digunakan sebagai trunk panggilan jauh & trunk panggilan metropolitan
  • Sambungan dr pertukaran gelung setempat ke destinasi.
  • Tulang belakang LAN seperti FDDI.
  • Kalis kehingaran lebih baik

Ciri-Ciri Penghantaran :
  • Berdasarkan pembalikan dalaman penuh yang meliputi bahagian spektrum inframerah & cahaya nampak
  • Punca cahaya dr LED/ IJD masuk ke teras silinder.
  • Pancaran cahaya dipantulkan semula ke dlm teras & bergerak di sepanjang gentian.
  • Pancaran lain diserap oleh bahan2 sekeliling.
  • Hanya 1 sudut tunggal / mod boleh melalui saluran.
  • mengurangkan jejari teras kpd ukuran panjang gelombang-utk prestasi sangat baik


4. Konektor optik

Untuk mentransmisikan data lewat kabel lan optic ini anda memerlukan sebuah strand optic tunggal untuk satu arah. Anda memerlukan dua strand optic untuk kedua arah masing-2 untuk kirim dan terima. Konektor untuk masing ujung dari fiber optik ini umumnya seperti gambar berikut:


Kita kembali ke scenario awal kita, bagaimana menghubungkan setiap bangunan dengan menggunakan kabel lan berdasarkan pengetahuan kita tentang kabel lan diatas? Gambar berikut ini adalah gambar best practice cara menghubungkan dua gedung dengan kabel lan, dalam scenario kita menggunakan kabel lan outdoor UTP Cat5e. Anda bisa menggunakan kabel lan UTP crossover. Kabel crossover saling disambungkan pada port trunk dari switch yang akan disambungkan. Anda perlu mengkonfigurasikan port ini agar berfungsi sebagai port trunk. Untuk lebih jelasnya lihat artikel selanjutnya konfigurasi jaringan.


Drop cable adalah kabel yang menghubungkan setiap computer dengan switch. Kabel lan ini seharusnya memakai kabel UTP Cat 5e dengan ujung masing-2 mempunyai konektor RJ-45. Kabel lan minimum adalah 0.6 meter dan maksimumnya adalah 100 meter.

Bagaimana konfigurasi best practice yang lebih popular dalam jaringan komputer untuk menghubungkan antar computer dengan switch ini? Gambar berikut ini gambaran sederhana tentang cara menghubungkan kabel lan antara switch dengan komputer dalam jaringan anda.
 

Wall jack adalah titik hubung sejenis dengan yang sering kita dapati dalam telepon, sehingga bisa menghubungkan jaringan kabel lan UTP RJ-45.

Patch cable adalah segmen kabel UTP yang dipakai untuk menghubungkan kartu interface jaringan ke wall jack atau untuk menghubungkan bagian-2 lain dari instalasi kabel jaringan ini.

Patch panel merupakan panel penghubung yang menyediakan multi port yang menyalurkan kabel-2 ke piranti-2 atau hardware penghubung lainnya seperti switch.

Dalam s
enario kita, anda bisa mengaplikasikan cara ini pada masing-2 gedung HRD; Mining dan Workshop. Nah untuk memudahkan pemeliharaan jaringan kabel lan ini jika ada masalah dikemudian hari, anda harus membuat tanda atau penomoran untuk setiap wall jack yang terubung ke patch panel. Dan juga pastikan bahwa anda mempunyai datar dari system penomoran ini dan letakkan didalam patch panel untuk mempermudah pemeliharaan jika ada masalah dalam jaringan kabel lan. Satu lagi yang perlu diingat adalah kabel lan ini adalah musuhnya tikus. Tidak jarang tikus memporakporandakan kabel lan anda dengan cara menggigit sampai putus. Untuk itu anda perlu menghindari hal ini dengan cara memasukkan kabel-2 lan ini kedalam duct in sedemikian rupa agar tikus tidak bisa masuk.

Seperti biasa,,,JOM kita tontonnn......watchoutttt!!



Thursday, 12 April 2012

PROTOKOL

PROTOKOL RANGKAIAN

  • Protokol adalah prosedur dan peraturan untuk berkomunikasi. Jika kita ke majlis rasmi ada set peraturan yang perlu kita patuhi untuk berinteraksi dengan tetamu lain, begitu juga dengan komunikasi dalam sebuah rangkaian. 
  • Tanpa protokol, komunikasi akan menjadi satu masalah dan jika sebuah rangkaian tidak memahami prosedur teknikal yang perlu dipatuhi oleh mereka, komputer akan gagal untuk berinteraksi sesama mereka.
  • Biasannya protokol-protokol ini akan dibandingkan dengan dua model yang terkenal iaitu Model Rujukan OSI (Open Systems Interconnection) oleh ISO dan Model TCP/IP atau DoD oleh Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. 
  • Terdapat banyak jenis protokol dan setiap mereka mempunyai tugas masing-masing yang mungkin berlainan peranan di dalam 7 Lapisan OSI. 
  • Setiap mereka mempunyai kelebihan dan kekurangan mereka sendiri dan mungkin popular di kalangan produk-produk keluaran pengeluar tertentu. Ada juga protokol yang hanya bekerja di satu lapisan dari Lapisan OSI dan ada juga pada berbilang.
Bagaimana Protokol Berfungsi

      Jika kita perhatikan pada 7 Lapisan OSI kita boleh kenali beberapa protokol yang bertugas pada lapisan-lapisan tertentu. Contohnya eternet bekerja pada lapisan kedua dalam OSI iaitu pada lapisan sambungan data. Setiap lapisan mempunyai peraturan dan prosedur yang tertentu untuk dipatuhi. Tugas tersebut mestilah berlaku dengan konsisten pada setiap lapisan agar komunikasi boleh bergerak dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas lapisan OSI.
Ringkasnya tugas protokol pada komputer yang menghantar data :-
  1. Memecahbelahkan data yang ingin dihantar kepada bentuk yang lebih kecil yang dinamakan paket.
  2. Tambahan maklumat alamat IP sumber dan destinasi serta beberapa maklumat lain pada paket           tersebut supaya selamat sampai ke destinasi.
  3. Menyediakan paket tersebut untuk dihantar melalui kad antara muka rangkaian (network interface) melalui kabel laluan.
Tugas komputer yang menerima data :-

1. Mengambil paket dari kabel laluan dan seterusnya ke kad antara muka rangkaian (network interface)  tersebut.
2. Mengumpulkan semula paket ke penimbal untuk dihimpunkan semula.
3. Data yang telah dihimpunkan tadi digunakan atau ditukarkan oleh aplikasi ke bentuk yang boleh digunakan

Antara protokol yang sering digunakan dan sentiasa dibangunkan ialah seperti berikut :-  
        
          1.  TCP/IP
TCP/IP (Transmit Computer Protocol/Internet Protocol) seolah-olah satu landasan yang menghubungkan satu rangkaian dengan rangkaian lain dengan mengenali sistem pernomboran yang dikenali sebagai IP Address. IP Addres lebih mirip seperti alamat kediaman anda.  

2. Ethernet 
Ethernet menggunakan cara kemasukan (access method) yang dikenali sebagai CSMA/CD (Carrier Sense Multiple Access / Collision Detection). Ia merupakan suatu sistem di mana setiap komputer menunggu arahan melalui kabel sebelum menghantar mesej melalui rangkaian. Jika rangkaian didapati tidak sibuk, barulah komputer tersebut menyampaikan maklumat atau mesejnya. Jika satu nod lain terlebih dahulu telah menyiarkan mesejnya melalui kabel, komputer tersebut akan menunggu dan akan mencuba sekali lagi apabila laluan membenarkan. 
           
Kadangkala terdapat dua komputer yang kebetulan menghantar mesej pada waktu yang serentak. Apabila kejadian ini berlaku maka akan terjadilah perlanggaran. Kedua-dua komputer tersebut akan berundur buat sementara sebelum menghantar mesej semula. Dengan sistem penghantaran yang sebegini, pelanggaran merupakan sesuatu yang lumrah. Walau bagaimana pun, kelewatan yang terjadi akibat perlanggaran dan penghantaran semula data itu tadi, adalah kecil dan biasanya tidak mempengaruhi kepantasan penghantaran data di dalam rangkaian.  Protokol Ethernet biasanya digunakan untuk topologi linear bas, bintang atau pepohon. Data boleh dihantar menggunakan kabel pasangan berpintal (twisted pair), kabel sipaksi (coaxial) atau kabel fiber optik pada kepantasan 10 Mbps.
 
3.  Local Talk
Local Talk merupakan satu protokol rangkaian yang dibangunkan oleh Apple Computer untuk Komputer Macintosh. Cara yang digunakan oleh Local Talk dipanggil CSMA/CA (Carrier Sense Multiple Access dengan Collision Avoidance). Ia hampir sama dengan CSMA/CD kecuali komputer memberi isyarat terlebih dahulu sebelum data hendak dihantar. Adapter bagi Local Talk dan kabel pasangan berpintal yang khas boleh digunakan untuk menghubung satu siri komputer menggunakan port bersiri. Sistem operasi Macintosh membenarkan sitem pengoperasian sesama pelanggan (peer-to-peer) tanpa perlu perisian tambahan. Dengan penambahan versi fail pelayan dari perisian AppleShare, sistem pelanggan-pelayan (client-server) bleh dilaksanakan. Protokol Local Talk membenarkan topologi linear bas atau topologi pepohon dengan menggunakan kabel pasangan berpintal. Satu kekurangan kecil bagi Local Talk ialah dari segi kepantasan. Kepantasan bagi penghantaran maklumat bagi Local Talk hanyalah 230 Kbps.  

4. Token Ring
Protokol Token Ring telah dibangunkan oleh syarikat IBM pada pertengahan tahun 1980-an. Cara kemasukan (access method) menggunakan cara penghantaran maklumat di dalam suatu bulatan. Di dalam Token Ring, beberapa komputer dihubungkan bagi membolehkan isyarat berlegar di sepanjang talian rangkaian komputer tersebut. Satu token elektronik bergerak mengelilingi bulatan dari satu komputer ke satu komputer  dan jika komputer tersebut tidak mempunyai informasi untuk dihantar, ia akan bergerak melepasi komputer tersebut ke stesen kerja yang seterusnya.
Jika komputer tersebut hendak menghantar maklumat, ia akan mengisi data atau maklumat kepada token yang datang kepadanya. Token tersebut kemudiannya bergerak meneruskan perjalanannya sehingga ia sampai kepada komputer di mana data atau maklumat tersebut hendak dihantar. Pada titik ini, data atau maklumat tersebut akan diperolehi oleh komputer yang menerima. Protokol Gelang Token mengkehendaki topologi Bintang Cecincin (star-wired ring) dengan penggunaan kabel pasangan berpintal (twisted pair) atau kabel fiber optik. Ia berupaya menjalankan operasi pada kepantasan 4 Mbps atau 16 Mpbs. Oleh kerana penggunaan Ethernet yang semakin popular, persekitaran sekolah semakin kurang menggunakan Gelang Token.
 
5. FDDI
Fiber Pengagihan Data Antara Muka (Fiber Distributed Data Interface – FDDI) merupakan satu protokol rangkaian terutamanya untuk menghubungkan dua atau lebih rangkaian kawasan setempat, bagi meliputi kawasan-kawasan yang jauh jaraknya. Cara kemasukkan (access method) yang digunakan oleh FDDI turut melibatkan penghantaran token. FDDI menggunakan topologi fizikal cecincin berkembar. Penghantaran biasanya terjadi pada salah satu daripada token atau cecincin, namun begitu jika berlakunya kegagalan di dalam rangkaian, sistem tersebut akan menggerakkan informasi secara automatik menggunakan perjalanan rangkaian yang kedua seterusnya membentuk satu rangkaian baru yang lengkap. Kelebihan yang ketara bagi penggunaan FDDI ialah kepantasan di dalam penghantaran maklumat. Ia beroperasi menggunakan kabel fiber optik pada 100 Mbps.

Wednesday, 11 April 2012

PERKAKASAN KOMPUTER

PERKAKASAN

Perkakasan rangkaian merangkumi semua komputer, periferal, kad antaramuka (interface card) dan beberapa peralatan bagi menjalankan pemprosesan data dan komunikasi di dalam rangkaian.
Di antara komponen-komponen yang diperlukan sebagai perkakasan rangkaian ialah:

1    Fail pelayan
2    Stesen kerja
3    Kad antara muka
4    Concentrators / Hab
5    Pengulang (repeaters)
6    Jambatan (Bridges)
7    Router
1    
       1.      Fail Pelayan
  • Fail pelayan merupakan tunggak utama kebanyakkan rangkaian. Ia merupakan sebuah komputer yang berkuasa tinggi dengan jumlah RAM dan ruang storan yang besar termasuklah kad antara muka.
  • Sistem Pengoperasian Rangkaian bertapak di dalam komputer bersama-sama perisian aplikasi dan fail data yang boleh dikongsi. 
  • Fail pelayan mengawal komunikasi maklumat  di antara nod di dalam rangkaian. Contohnya, satu permintaan dari satu stesen kerja yang meminta program pemprosesan maklumat,  menerima  fail   data   dari   satu stesen kerja yang lain dan menyimpan mesej e-mel pada masa yang masa.
  • Tugas-tugas ini memerlukan sebuah komputer yang menyimpan banyak maklumat dan berkongsi di dalam masa yang singkat.

Fail pelayan seharusnya mempunyai ciri-ciri yang berikut:

a) Mempunyai megahertz atau pemprosesan mikro (Pentium, Power PC)
b) Cakera keras yang cepat dengan storan sekurang-kurangnya 4 Gigabait
c) Satu RAID (Redundant Array of Inexpensive Disks) untuk menyimpan data selepas  penggunakan disket
d) Satu unit fail sandaran
e) Beberapa slot perluasan
f) Kad antara muka yang pantas
g) Sekurang-kurangnya 32 MB RAM

2.   Stesen Kerja
  • Kesemua komputer yang dirangkaikan dengan fail pelayan dikenali sebagai stesen kerja. 
  • Satu stesen kerja yang tipikal merupakan sebuah komputer yang dilengkapi dengan kad antara muka rangkaian (Network Interface Card), perisian rangkaian dan kabel-kabel yang tertentu. 
  • Stesen kerja tidak semestinya mempunyai storan cakera liut atau storan cakera keras kerana fail akan disimpan di dalam fail pelayan. 
  • Hampir semua komputer berupaya berfungsi sebagai stesen kerja.

3.   Kad Antara Muka Rangkaian (Nic)
  • Kad antara muka rangkaian (NIC) menyediakan penyambungan fizikal di antara rangkaian dengan komputer stesen kerja. Kebanyakan NIC adalah bersifat internal dengan kad yang dimuatkan pada slot di dalam komputer.
  • Beberapa komputer seperti Mac Classics menggunakan kotak luaran yang dilekatkan pada port bersiri atau  port SCSI. 
  • Komputer laptop biasanya menggunakan adapter LAN secara luaran yang disambungkan secara luaran ke port selari atau kad rangkaian yang dimuatkan ke slot PCMCIA. 
  • Kad antara muka rangkaian turut mempengaruhi kepantasan dan kebolehan sesebuah rangkaian.
  • Adalah lebih baik menggunakan kad antara muka yang pantas seiring dengan jenis stesen kerja yang dijalankan. 
  • Tiga daripada kad antara muka rangkaian yang paling popular digunakan ialah kad Ethernet, penyambung LocalTalk dan kad Gelang Token.

Kad Ethernet

Kad Ethernet biasanya dijual secara berasingan dengan komputer di pasaran, walaupun banyak komputer seperti Macintosh kini menyediakan satu pilihan di mana kad tersebut dimasukkan terus di dalam papan induk sesebuah komputer. Kad Ethernet turut menggunakan penyambung melalui kabel koaksial atau kabel pasangan berpintal (atau kedua-duanya sekali). Jika ia direka untuk kabel koaksial, penyambungnya ialah BNC. Jika ia direka untuk kabel pasangan berpintal pula, ia menggunakan oenyambung RJ-45.
Beberapa kad Ethernet turut mengandungi penyambung AUI. Ini boleh digunakan untuk menyambungkan kabel koaksial, pasangan berpintal atau fiber optik kepada kad Ethernet. Apabila kaedah ini digunakan, satu alat penghantar-terima luaran diperlukan  pada stesen kerja ini.

Penyambung Localtalk

Penyambung LocalTalk merupakan salah satu hasil ciptaan Apple bagi menyelesaikan masalah rangkaian komputer Macintosh.Ia mengandungi satu kotak adapter yang khas dan kabel yang dipasangkan kepada port selari sebuah komputer Macintosh. Kekurangan utama pada LocalTalk ialah ia amat perlahan berbanding dengan Ethernet. Kebanyakan penyambung Ethernet beroperasi pada kelajuan 10 Mbps berbanding dengan LocalTalk yang hanya beroperasi pada kelajuan 230 Kbps atau 0.23 Mbps.

Perbandingan Di Antara Penyambung Ethernet Dengan Localtalk  
Ethernet
Localtalk
Penghantaran data pantas (10 Mbps)
Penghantaran data perlahan (0.23 Mbps)
Mahal (dijual berasingan)
Dibina di dalam Macintosh
Memerlukan slot komputer
Tiada slot diperlukan
Digunakan pada sebarang komputer
Hanya digunakan pada Macintosh

Kad Gelang Token

Kad rangkaian Gelang Token merupakan kad yang hampir sama dengan Ethernet. Satu perbezaan yang dapat dilihat ialah jenis penyambung  yang terletak di bahagian belakang kad tersebut. Kad Gelang Token biasanya mempunyai sembilan pin DIN jenis penyambung bagi meyambungkan kad tersebut kepada kabel rangkaian.

4.  Concentrators / Hab

  • Concentrator ialah satu peranti yang menghubungkan titik tengah kabel dari stesen kerja, fail pelayan dan periferal. Di dalam topologi bintang, kabel pasangan berpintal disambungkan dari setiap stesen kerja ke titik tengah concentrator. 
  • Hab adalah concentrator slot yang pelbagai, yang mana kad pelbagai siri boleh disambungkan bagi menambahkan akses tambahan apabila rangkaian semakin berkembang saiznya. 
  • Beberapa concentrator adalah pasif di mana ia membenarkan isyarat melepasi satu komputer ke komputer yang lain tanpa ada perubahan. 
  • Kebanyakan concentrator adalah aktif di mana ia mengenali isyarat dan mengesahkan kehadiran isyarat itu semasa isyarat itu berlegar dari satu peranti ke peranti yang lain. 
  • Concentrators yang aktif lazimnya bertindak sebagai pengulang bagi memperpanjangkan sesuatu rangkaian itu. Concentrators biasanya:
            a) Berpasangan dengan 8, 12 atau 24 RJ-45 port
            b) Biasanya digunakan di dalam Topologi Bintang atau Bintang Cecincin
            c) Dijual dengan perisian khas bagi pengurusan litar
            d) Juga dipanggil hab
            e) Biasanya dimasukkan (install) di dalam rak besi yang turut memuatkan netmodem, jambatan dan   router.

5.  Pengulang (Repeater)
 
  • Apabila sesuatu isyarat bergerak di dalam satu rangkaian, ia menjadi semakin kurang bertenaga. Sebuah pengulang merupakan satu peranti mengecam isyarat apabila ia melintasinya. 
  • Pengulang melakukan ini melalui percikan elektrik pada isyarat yang diterima dan menyaiakannya semula. Pengulang boleh jadi sebuah peranti asing atau disatukan dengan concentrator.
  • Ia digunakan apabila jumlah panjang kabel rangkaian melampaui had standard bagi jenis kabel yang digunakan.
  • Satu conoth penggunaan pengulang baik ialah pada LAN yang menggunakan Topologi Bintang melalui kabel tidak berlapik pasangan berpintal. Had panjang yang dibenarkan ialah 100 meter.
  • Konfigurasi yang paling lazim ialah penyambungan setiap stesen kerja melalui kabel pasang berpintal kepada concentrator port pelbagai aktif. 
  • Concentrator memberi tenaga kepada semua isyarat yang melaluinya dan membenarkan had jumlah panjang kabel pada rangkaian melebihi 100 meter.
 
6.  Jambatan (Bridges)
  • Sebuah jambatan atau penghubung  berfungsi membenarkan satu rangkaian yang besar dibahagikan menjadi dua buah rangkaian yang kecil. Ini dapat mempertingkatkan mutu perkhidmatan pada rangkaian itu. 
  • Jika sistem perkabelan cara lama hendak disambungkan dengan sistem rangkaian terkini, sebuah jambatan merupakan jalan penyelesaian. 
  • Satu jambatan bertugas mengawal laluan informasi dari kedua-dua belah bahagian rangkaian supaya ia dapat menghantar informasi yang diterima ke lokasi yang diminta.
  • Kebanyakan jambatan berupaya mengawal rangkaian dan secara automatik mengumpul alamat semua komputer yang terdapat pada kedua-dua belah rangkaian. 
  • Jambatan turut berupaya untuk memeriksa setiap pesanan dan jika perlu menyiarkannya pada rangkaian yang di sebelah.  
  • Jambatan menguruskan lalu lintas bagi mengekalkan persembahan optima dari kedua-dua bahagaian rangkaian itu. Walau bagaimana pun, maklumat yang tidak berkaitan tidak akan disiarkan. 
  • Jambatan turut boleh digunakan untuk menghubungkan kabel yang pelbagai jenis atau topologi fizikal. Namun begitu, protokol yang sama hendaklah digunakan.
7.   Router
  • Sebuah router berfunsi sebagai penterjemah informasi dari satu rangkaian ke satu rangkaian yang lain.
  • Ia boleh disamakan dengan jambatan yang bijak. 
  • Router memilih jalan yang paling sesuai untuk menghantar pesanan, berpandukan pada alamat dan asal. 
  • Ia juga boleh mengarahkan lalu lintas bagi mengelakkan perlanggaran dan turut bijak mengetahui pelusuk jalan dan jalan pintas. 
  • Walaupun jambatan mengetahui alamat semua komputer di dalam rangkaian, router mengetahui alamat semua komputer, jambatan dan router yang lain yang terdapat di dalam rangkaian. 
  • Router juga turut tahu jalan mana yang sibuk dan mengarahkan data melalui jalan pintas sehingga laluan kembali normal.  
  • Jika terdapat rangkaian LAN di sekolah yang hendak disambungkan dengan Internet, router merupakan jalan penyelesaiannya. 
  • Di dalam hal ini, router menjadi penterjemah di antara maklumat di dalam LAN dan Internet. Ia juga turut menyediakan jalan pintas yang paling baik untuk menghantar data ke Internet.
 
Router berupaya untuk :
 
a. Mengarahkan isyarat trafik dengan berkesan
b. Mengarahkan mesej di antara dua protokol
c. Mengarahkan mesej di antara rangkaian bas, bintang dan bintang cecincin
d. Mengarahkan mesej merentasi kabel fiber optik, koaksial dan kabel pasangan berpintal. 



RANGKAIAN KOMPUTER


Definasi Rangkaian
  •  Rangakaian komputer bermaksud sumbungan dua atau lebih perkakasan komputer yang terpisah secara fizikal tetapi disambungkan secara operasinya.
  • Rangkaian juga merupakan satu sistem perkongsian alat (pencetak dan CD-Rom), perisian, pertukaran maklumat dan komunikasi.
  • Maklumat dapat dipindahkan dalam rangkaian melalui kabel, gelombang radio, pancar infra merah atau satelit.

Kebaikan Menggunakan Rangkaian (Networking)
  •  Berkongsi Fail
Pengguna dapat berkongsi fail yang disimpan pada palayan (server) atau komputer pusat.
  •   Menimdahkan Fail
Memudahkan pemindahan fail yang disimpan dari satu komputer ke komputer yang lain.
  • Berkongsi Perisian (Aplication) dan mengurangkan kos
Memudahkan pengguna untuk berkongsi program aplikasi seperti Word, Lotus, Access dll. Dengan ini ia dapat mengurangkan kos dan memudahkan instalasi perisian.
  • Berkongsi data dan menjimatkan masa untuk memasukkan data
Data-data dapat dimasukkan serentak oleh dua atau lebih pengguna kedalam satu aplikasi. Pada masa yang sama juga pengguna yang lain dapat menggunakan data -data tersebut.

  • Berkongsi Pencetak, Pengimbas, CD-Rom dll
Pencetak atau CD-Rom yang terdapat pada sesebuah komputer dapat digunakan oleh semua pengguna yang mengunakan komputer lain.
  •   Menggunakan Mel Elektronik (E-Mail)
Pengguna dapat menghatar memo dari satu komputer ke komputer yang lain.


Senibina Rangkaian

Terdapat tiga jenis senibina rangkaian yang sering digunakan, iaitu bagaimana sesebuah rangkaian diuruskan.  
a) Peer to Peer (P2P)
Semua komputer dalam rangkaian mempunyai status yang sama, iaitu setiap komputer boleh menyimpan data dan sumbernya sendiri. Semua komputer dibenarkan berkongsi data dan sumber mengikut keperluan. Tiada komputer pusat yang mengawalnya. Sesuai untuk rangkaian LAN yang kecil sehingga 12 komputer.

Contoh :
Network Neighborhood atau Network Place. Dalam rajah di atas, Ct boleh meminta Ko memfakskan surat dengan menyimpan surat itu di notebook Ko. Manakala Yo meminta Rm mengimbas gambar dan menyimpan di komputer Rm dan kemudian Yo akan mencapai gambar itu dari komputer dia.
 
b) Rangkaian Klien/Pelayan

Dalam rangkaian ini (client/server) pula terdapat satu atau lebih pelayan (terdiri daripada komputer yang lebih berkuasa) yang mengawal sumber rangkaian. Pelayan adalah komputer pusat yang melayan permintaan klien (komputer lain) untuk mendapatkan data dan maklumat. Klien pula adalah komputer yang memohon servis atau mencapai maklumat yang disimpan di pelayan. Rangkaian jenis ini sangat efisien untuk bilangan komputer rangkaian melebihi 10 unit.

Contoh pelayan pencetak. Kini Yo, Rm, Ko & Ct boleh terus mencetak dokumen atau faks terus daripada komputer mereka. Contoh lain seperti pelayan web, e-mel, pangkalan data SQL, dan sebagainya.

c)  Berasaskan pelayan
Rangkaian berasaskan pelayan (server based) dikawal sepenuhnya oleh satu pelayan atau sekumpulan pelayan (berpusat). Pelayan adalah komputer berkuasa tinggi, mempunyai memori dan stroran yang besar dan direka bentuk untuk berfungsi 24jam sehari dalam seminggu sepanjang tahun. Pelayan hanya boleh dikendalikan oleh penyelia rangkaian.

Komputer klien perlu di log on ke pelayan menerusi rangkaian, akaun pengguna dan kata laluan digunakan. Maklumat akaun pengguna di simpan di direktori pelayan. Tetapan keselamatan dan capaian sumber-sumber rangkaian dikawal secara berpusat. Data dan maklumat disimpan dalam satu lokasi sahaja. Oleh itu sistem berasaskan pelayan ini mempunyai tahap keselamatan tertinggi berbanding jenis rangkaian sebelumnya. Kaedah rangkaian ini perlu dipraktikkan di pejabat atau organisasi dengan bilangan staf yang agak ramai, lebih daripada 10 nod.

Contoh, dalam rangkaian berasaskan domain Windows Server pengguna perlu log on sebelum dapat menggunakan komputernya (klien). Dia hanya boleh mencapai sebarang sumber rangkaian yang dibenarkan kepadanya tanpa perlu log on berulang kali semasa mencapai sumber itu.


Sistem Rangkaian Komputer

Terdapat tiga sistem rangkaian seperti berikut:

Bil
Sistem Rangkaian Komputer
Saiz Kawasan
Contoh
1.
Local Area Network (LAN)
Kawasan Kecil (10km)
Sekolah, makmal, dalam sebuah bangunan.
2.
Metropolitan Area Network (MAN)
Kawasan lebih besar  (10-50km)
Bandar, negeri.
3
Wide Area Network (WAN)
Kawasan sangat besar (lebih daripada 50km)
Seluruh dunia, negara,  Internet

Rangkaian Setempat (Local Area Network)

Sistem rangkaian yang besar ( MAN dan WAN ) lebih berguna dari segi keluasan kawasan geografinya tetapi banyak organisasi perlukan rangkaian setempat untuk menghubungkan alat-alat yang digunakan di tempat yang terhad. Jadi aspek-aspek berikut perlu dipertimbangkan:
Ø  Jenis LAN
·         Pengguna dan pelayan (Client-server)
·         Pengguna-pengguna sebaya (Peer to peer)
Ø  Komponen-komponen LAN
Ø  Topologi LAN
Ø  Kesan dari LAN


X faham.?Pening??jom kita layan video nie,,insyaallah anda boleh mendapat gambarannya...