BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, 12 June 2012

WEB 2.0

Apa itu Web 2.0

Konsep Web 2.0 telah membawa kepada perubahan dalam komuniti pengguna laman web seperti perkongsian blog, wiki dan guna website berunsur sosial seperti Facebook dan Friendster.
Perkataan Web 2.0 diasaskan oleh O`really Media pada tahun 2004. Walau bagaimana pun Web 2.0 bukan versi baru bagi World Wide Web, ia hanya cara pembangunan laman web yang berbeza dan cara pelayar menggunakan web tersebut. Akhir-akhir ini begitu ramai yang memperkata mengenai Web 2.0.
Secara keseluruhannya, Web 2.0 merupakan generasi kedua dalam pembangunan Internet yang merangkumi perubahan sesuatu laman menjadi satu platform aplikasi laman web interaktif untuk pengguna.
Jika dibandingkan dengan Web 1.0, Web 2.0 lebih merujuk kepada corak penggunaan dan penyediaan elemen kepada pengguna. Jika dahulu, Web 1.0 lebih kepada "output" sahaja yang mana pengguna hanya mendapat maklumat daripada webmaster.
Perubahan yang ketara dalam Web 2.0 memperkenalkan sistem "input dan output" yang membolehkan pengguna membaca maklumat, menghantar sebarang data dan memaparkan kembali data tersebut di dalam laman web tersebut.
Web 2.0 merupakan satu fenomena sosial yang memberikan kebebasan kepada pengguna untuk menggunakan semula, berkongsi, bersosial dan berkomunikasi melalui elemn-elemen yang diterapkan dalam laman web tersebut.
Perkara baru seperti perkongsian maklumat dan maklumat diri boleh dikongsikan lebih mudah dan interaktif berbanding sebelum ini. Maklumat dari berlainan laman web boleh diambil dan dimuatkan dalam laman web yang lain.
Teknologi baru ini sesungguhnya merupakan perkara yang hebat namun begitu ianya masih lagi dalam pembangunan. Pembentukan struktur Web 2.0 masih lagi dipantau bagi membolehkan ianya berinteraksi dan berfungsi dengan lebih efisien apabila melibatkan penggabungan dua laman web yang berbeza.
Konsep Web 2.0

Dalam bahagian sebelum ini, kita hanya membicarakan mengenai maksud Web 2.0 tetapi pasti ramai yang masih lagi samar-samar apa yang dimaksudkan dengan Web 2.0. Jadi untuk lebih penerangan, apa yang perlu difahami dahulu adalah konsep Web 2.0 itu sendiri.
Jika dilihat pada konsep Web 1.0 pengguna akan melalui proses sebegini:

Perhatikan laluan perjalanan di atas yang menggambarkan proses perjalanan sesuatu laman Web 1.0. Perjalanan bermula dengan seorang pengguna menaip alamat sesuatu laman web. Kemudian diikuti dengan paparan laman utama. Seterusnya pengguna mula mencari pautan-pautan yang diingini dan seterusnya klik pada pautan tersebut untuk mendapatkan maklumat.
Seandainya pengguna masih mencari-cari maklumat yang tertentu, dia akan klik lagi pautan yang lain dan maklumat yang lain akan dipaparkan. Setelah semuanya selesai, pengguna akan menutup laman web tersebut atau beralih ke laman web yang lain.
Secara ringkasnya, perjalanan Web 1.0 adalah lebih static dan boleh juga dikatakan sebagai satu hala (sehala) sahaja. Pengguna hanya mampu untuk mendapatkan maklumat yang disediakan oleh webmaster. Dan sekiranya tidak ditemui maklumat yang tepat, maka pengguna akan beralih ke laman web yang lain.
Situasi ini amat berbeza jika dibandingkan dengan perjalanan Web 2.0 iaitu:


Perhatikan perjalanan untuk Web 2.0, kita dapat saksikan bahawa setiap langkah atau laluan menggunakan laman web tersebut tidak terhad kepada satu arah sahaja tetapi lebih kompleks sehingga bersimpang siur antara satu sama lain. Pengguna berupaya untuk menghantar sebarang maklumat, pertanyaan atau komen ke dalam laman web tersebut dan data-data yang dihantar boleh dipaparkan kepada pengguna yang lain.
Manakala pengguna yang lain juga boleh menghantar balasan atau maklumat yang berbeza sama ada kepada pengguna tersebut atau secara umum. Jika diperhatikan dengan lebih dekat, kita dapat saksikan bahawa Web 2.0 akan menghasilkan satu jaringan di dalam laman web tersebut malah tidak terhad dan mampu untuk berkembang dengan menempatkan elemen-eleman atau maklumat dari laman yang lain terus ke dalam laman web sendiri.
Sesuatu perkara baru yang diperkenalkan sebenarnya mempunyai konsep atau idea kasar sebelum ianya dipraktiskan secara meluas. Kefahaman anda tentang konsep Web 2.0 ini akan lebih memudahkan anda memahaminya. Seterusnya kita akan beralih pula kepada ciri-ciri Web 2.0.
Ciri-ciri Web 2.0
Mungkin ramai yang mengetahui secara kasar Web 2.0 dan berkobar-kobar untuk menghasilkan laman web anda berasaskan kepada Web 2.0 tetapi apakah ciri-ciri yang perlu ada untuk diiktirafkan sebagai Web 2.0?
1. Templat atau reka bentuk

Seiringi dengan penggunaan aplikasi dalam laman web, reka bentuk atau templat juga perlu dipertingkatan. Templat seharusnya boleh dipaparkan dengan baik pada mana-mana pelayar (browser) dan pada mana-mana versi keluaran.
Templat tersebut perlu berlandaskan kepada W3C dan menyokong penuh CSS, CSS2 dan XHTML 1.0. Templat juga berupaya upaya untuk memaparkan sebarang maklumat yang dihantar oleh pengguna secara praktikalnya dan tidak perlu diubahsuai atau dikemaskini kembali oleh webmaster.
Jangan tertipu dengan templat yang begitu drastik, cantik, dan menarik merupakan Web 2.0 tetapi ia adalah salah satu bonus untuk menarik pengguna dan sebagai elemen pelengkap kepada laman web tersebut. Web 2.0 tidak dinilai pada reka bentuk (design) atau templat web tersebut sebaliknya kepada fungsi dan aplikasi yang diterapkan.
2. Carian maklumat

Salah satu ciri yang perlu ada untuk Web 2.0 adalah carian maklumat. Walaupun susunan maklumat, pautan dan menu yang dimasukkan begitu teratur namun pengguna mahukan maklumat dicapai dengan lebih pantas.\Fungsi carian ini membolehkan mana-mana pengguna mencari maklumat tertentu hanya dengan sekali klik sahaja dan menggunakan kata kunci tertentu. Bayangkan laman anda yang memuatkan hampir ribuan artikel akan menyusahkan mengguna mencari satu persatu artikel yang diinginkan.
3. RSS dan XML

Tidak seperti Web 1.0, aplikasi RSS dan XML membolehkan sebarang maklumat kemaskini, kemasukkan terbaru dan artikel popular boleh dipindah masuk ke mana-mana laman web yang lain. Teknologi RSS (Really Simple Syndication) dan XML (Extensible Markup Language) membolehkan sebarang data yang dimuatkan dalam laman dihantar ke mana-mana bahagian yang lain. Ini membolehkan pengguna sentiasa mendapat maklumat terkini daripada laman anda tanpa perlu melayari laman web yang sebenar.
Selain itu, teknologi RSS dan XML juga membolehkan 2 laman web yang berbeza diintegrasikan setiap maklumatnya tanpa perlu memuat naik kembali artikel dari satu laman ke laman yang lain. Inilah yang dikatakan "social networking" atau jaringan sosial antara satu sama lain.
4. Kemunculan AJAX

AJAX atau "Asynchronous Javascript and XML" antara perkara yang mesti ada dalam Web 2.0 untuk menjadikan web tersebut berfungsi seperti aplikasi "desktop". Kelebihan Ajax yang menguruskan sebarang maklumat tanpa perlu mengubah alamat atau sesuatu laman dilihat sebagai satu elemen yang membantu mempercepatkan pemprosesan data.
Gabungan dua elemen pengaturcaraan iaitu Javascript dan XML memantapkan pemprosesan data sehingga Ajax kini boleh digunakan pada laman web yang dijalankan pada server yang dinyahkod.
5. Ceraian pautan

Jika kita perhatikan pada Web 1.0, kebanyakan pautan yang disediakan adalah statik atau satu hala. Kemunculan Web 2.0 meningkatan fungsi pautan yang mana setiap pautan utama akan diceraikan sehingga ke bahagian kandungan yang memberikan pautan kembali ke mana-mana artikel yang berkaitan.
Contoh yang paling mudah adalah dengan kehadiran "breadcrumbs" yang menyenaraikan setiap laluan pautan dari satu artikel ke artikel yang lain.
Wikipedia.org merupakan antara contoh terbaik untuk Web 2.0 yang mana setiap artikel yang dimasukkan, kandungan yang dipaparkan akan memautkan kata kunci tertentu kepada artikel yang lain berdasarkan kepada kata kunci yang tertera. Jaringan pautan yang diwujudkan memudahkan pengguna untuk melompat dari satu artikel ke artikel yang lain dan mendapatkan maklumat yang lebih spesifik.
Selain itu, artikel yang sering dibaca dan lebih popular akan mendapat tempat tertinggi dan paling kerap muncul (Word Cloud). Kelebihan ini adalah untuk menyampaikan maklumat yang terpenting dahulu kemudian diikuti dengan kurang mendapat sambutan.
Web 1.0 tidak mempunyai fungsi ini dan kebiasaannya, webmaster terpaksa meletakkan sesuatu yang dirasakannya popular di bahagian utama diikuti dengan iklan-iklan tambahan.
6. Tag dan Kata kunci

Teknik SEO (Search Engine Optimization) sering kali menekan elemen tag untuk setiap artikel. Web 2.0 tidak ketinggalan untuk menempatkan ciri ini sebagai salah satu fungsi penting untuk diiktirafkan sebagai Web 2.0 memandangkan elemen ini akan menempat artikel anda ke satu tahap yang lebih tinggi.
Tidak seperti Web 1.0, pengguna metadata lebih ditekankan tetapi penggunaannya yang tidak mengikut saranan akan menyebabkan laman web tersebut disenaraihitamkan. Untuk mengatasi masalah ini, Web 2.0 lebih menekankan kepada penggunaan tag untuk setiap artikel.
Penggunaan tag adalah lebih spesifik berbanding metadata kerana tag lebih berkaitan dan memberikan gambaran kasar untuk satu-satu artikel. Tag juga mengkategorikan artikel secara tidak langsung walaupun anda tidak menyediakan kategori khusus untuk artikel anda.
Terdapat banyak lagi ciri-ciri untuk melihatkan Web 2.0 namun setakat ini, enam ciri di atas sudah cukup untuk pengguna mengesahkan bahawa sesuatu laman tersebut adalah Web 2.0 atau Web 1.0.
VIDEO

SEARCH ENGINE






            Sarch Engine atau mesin pencari adalah suatu sistem komputer yang difungsikan untuk mempermudahkan dalam usaha pencarian suatu dokumen website. Dimana pada umumnya search engine memiliki kapasiti yang cukup besar kerana digunakan sebagai tempat penyimpan data-data website yang telah di kunjungi robot (crawl) yang dimilikinya.

            Suatu web yang telah di kunjungi akan di baca dan di index kemudian dimasukan kedalam database mesin pencari. Setelah itu mesin pencari akan melakukan update database tersebut secara berkala. 

            Data-data yanga ada tersebut akhirnya dipergunakan sebagai acuan didalam merangking hasil pencarian. Untuk melakukan hal tersebut hantar satu mesin pencari dengan mesin pencari yang lain memiliki algoritma tersendiri yang digunakan untuk melakukan perangkingan tersebut. Hingga hasilnya berupa SERP dengan hasil yang sedemikian rupa.

            Dari situlah muncul yang namanya SEO agar web mereka begitu dicintai oleh mesin pencari. Banyak cara juga tergantung algoritma yang dipergunakan oleh mesin pencari. Kerana SEO pada umumnya menyesuaikan dengan algoritma yang dimiliki oleh mesin pecari.

Search Engine Optimization (SEO) 

Adalah perkara teknikal yang biasanya dipraktikkan oleh internet marketer/orang yang serius dalam menarik trafik ke website mereka. Senang cakap, SEO ialah bagaimana nak dapatkan position dalam search engine. Kenapa? Sebab bila search result yang tinggi bermakna makin banyak trafik masuk, makin banyaklah duit.
 Contohnya, cuba search ‘my super kids’ di Google. Anda akan dapat result macam ni:-

Bagi mereka yang mementingkan trafik, selain dari loyal visitor, adalah penting untuk attract new visitor, kat sinilah SEO memainkan peranan, selain dari back link dari blog² orang lain.
Search engine macam Google, Yahoo dan sebagainya mempunyai program yang dipanggil robot yang kerjanya untuk mengesan web-web yang berpotensi untuk diletakkan di ranking utama dalam search engine tersebut. Untuk memastikan robot² ni dapat mengesan blog kita, adalah dengan menjadikan ia SEO friendly. SEO friendly termasuklah pada URL, title, content, image dan meta tag.Sebelum tu, perkara utama dalam SEO ialah keyword. Tak ada maknanya kalau SEO tapi keyword volume tak ada (maknanya takde orang search keyword tu) ataupun competition terlalu tinggi sampai web page kita tak keluar².
SEO Friendly URL
§  URL ini -> http://mysuperkids.net/about.html adalah lebih mudah diindex dari http://mysuperkids.net/cgi-bin/gen.pl?id=4&view=about.
§  Bagi pengguna wordpress, URL ni boleh di set di Dashboard -> Setting ->Permalinks.

SEO Friendly Title (Tajuk Post)
§  Pastikan ada tajuk. Post yang tidak ada tajuk memang tak ada nilai untuk SEO.
§  Tajuk post hendaklah cukup impressive untuk menarik new reader untuk klik. Contohnya, tajuk ‘Cara Menjadikan Anakku Bijak’ dengan ‘Anakku Bijak’, yang mana satu lebih menarik perhatian?
§  Jangan letak title yang sama untuk semua post, contohnya ‘Kisah Kehidupan Saya 1′, pastu ‘Kisah Kehidupan Saya 2′, & so on & so forth. Setiap page hendaklah ada title yang unik dan tersendiri.
§  Masukkan keyword yang penting dulu di depan tajuk, i.e. keyword yang biasa orang akan search.
§  Pastikan title mengandungi 62 huruf saja. Lagi singkat lagi bagus.


SEO Friendly Content (Isi Kandungan/Post/Entry/Artikel)
§  Search engine lebih mudah mengesan content yang ditulis dengan plain text berbanding segala benda grafik yang canggih², glitter², flash atau apa² yang nampak cantik di mata. Jadi, tulislah content dengan plain text macam ni je.
§  Pastikan keyword ditulis sekurang²nya 2% dalam content itu, tapi jangan pulak duk ulang² keyword je tapi isi tak ada.
§  Gunakan bahasa yang neutral dan mudah difahami.


SEO Friendly Image (Gambar)
§  Dengan memberikan ALT tag yang betul pada image, anda menjadikannya SEO friendly.
§  Ia dapat dilihat bila anda letakkan kursor pada gambar, ada perkataan yang keluar di hujung kursor anda.
§  Keyword itu boleh menjadi tarikan pada robot search engine.


SEO Friendly Meta Tag
§  Meta tag ialah tag yang memberi description tentang blog anda, sekaligus menjadikannya sebagai salah satu cara untuk menarik robot search engine.
§  Meta tag ni boleh dilihat kalau kita tengok page source sesuatu blog.
§  Format meta tag adalah:
§  <meta content=’Blog description, contohnya “blog ini menjual baju sejuk” ‘ name=’description’/>
§  <meta content=’Keyword, contohnya “baju sejuk,sejuk,cuaca sejuk”‘ name=’keywords’/>
§  <meta content=’nama anda‘ name=’author’/>
§  Untuk edit meta tag ni, cuma perlu pegi ke edit HTML dan masukkan perkara berkaitan dengan blog anda pada bahagian yang tertulis macam di atas. Kena carilah dia kat mana.